Wednesday, November 16, 2011

Hati ABAH ~ (girl wajib baca-SEDIH) :'(


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya…
Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..
“Lalu bagaimana dengan ABAH?”
Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata abahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibulah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya abah dari bekerja dan dengan wajah lelah abah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Tahukah Kamu?
Pada ketika dirimu masih seorang anak perempuan kecil, Abah akan mengajar puteri kecilnya menunggang  basikal .
Dan setelah abah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, abah akan melepaskan roda bantuan di basikalmu .
“Kemudian Ibu berkata : “Jangan dulu abahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantuannya”, itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka….”
Tapi sedarkah dikau?
Bahawa abah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan yakin kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada ketika kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.
Tetapi abah akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang”
Tahukah kamu, abah melakukan itu kerana abah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , abahlah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata :
“Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!”.
Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu abah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.
 Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..
Kamu mulai menuntut pada abah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan abah bersikap tegas dan mengatakan: ”Tidak boleh!”.
Tahukah kamu, bahwa abah melakukan itu untuk menjagamu?
Kerana bagi abah, kamu adalah sesuatu yang sangat – sangat luar biasa berharga..
Setelah itu kamu marah pada abah, dan masuk ke kamar sambil menghempas pintu…
 Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah abah.
Tahukah kamu,bahawa saat itu abah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya,
Bahawa abah sangat ingin mengikuti keinginanmu,
Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?
Ketika masa seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, abah akan memasang wajah paling tenang sedunia…. :’)
 Abah sesekali mengintai atau mengintip ketika kamu sedang berbual berdua di ruang tamu..
Sedarkah kamu, kalau hati abah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan abah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu,
 kamu akan memaksa waktu untuk pulang lewat.
Maka yang dilakukan abah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang.
Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut – larutan, ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati abah akan mengeras dan memarahimu..
Sedarkah kamu, bahawa hal  yang sangat ditakuti abah akan segera datang?
“Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya”.
 Setelah lulus SPM, abah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer.
Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan abah itu semata – mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.
Tapi abah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan abah.
Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dibandar lain, abah harus melepaskanmu di bandar.
Tahukah kamu bahawa badan abah terasa kaku untuk memelukmu?
Abah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini – itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.
Padahal abah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.
Yang abah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata
“Jaga dirimu baik-baik ya sayang”
Abah melakukan itu semua agar kamu KUAT….
Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Dikala kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah abah.
 Abah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.
Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan abah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan…
Kata-kata yang keluar dari mulut Abah adalah : “Tidak…. Tidak boleh!”
Padahal dalam batin abah, Ia sangat ingin mengatakan “Iya sayang, nanti abah belikan untukmu”.
Tahukah kamu bahwa pada saat itu Abah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
~  Gambar hiasan~
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana.
Abah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu .
Abah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat  ”puteri kecilnya” yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang”
Sampai ketika seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada abahuntuk mengambilmu darinya.
Abah akan sangat berhati-hati memberikan izin..
Kerana Abah tahu…..
Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya….
Waktu abah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya,
Abah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu abah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis?
Abah menangis kerana abah sangat berbahagia,
kemudian Abah berdoa….
“Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Abah berkata:  ”Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik…. Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik…. Bahagiakanlah dia bersama suaminya… Rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah”
Setelah itu Abah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk…
Dengan rambut yang telah dan semakin memutih….
Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya….
Abah telah menyelesaikan tugasnya….
Papa, Ayah, Bapa, Buya atau Abah kita…
Adalah contoh yang harus selalu terlihat kuat…
Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis…
Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.
Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa “KAMU MAMPU” dalam segala hal..
Terima Kasih Abah…

No comments:

Post a Comment