Thursday, October 4, 2012

BERHARAP DAN MENGHARAP :)

hah ~ kadang2 kita selalu mengharap dan berharap pada sesuatu yang kita tahu kita tidak akan dapat, seperti ungkapan melayu "Mengharap Bulan Jatuh ke Riba".. emm mmg tak lah. tapi sebenarnya, tak salah jika kita berharap dan mengharapkan sesuatu, kerana daripada apa yang kita harapkan itu, dari situ adanya semangat dan usaha untuk mendapatkan.

Tapi kadang2 juga kita menghadapi situasi yang sangat sukar untuk diterjemah, seperti kita mengharapkan sesuatu, tetapi peratus untuk dapat dan tidak dapat tu sangat besar. tapi harapan itu masih ada. mcm mana tu? aku sendiri pon pening dengan situasi mcm ni, situasi ni bagi aku berat.

Saat ini aku mengaharapkan sesuatu yang mungkin akan datang dan mungkin tidak. ia sangat sukar dijangka, ssesuatu yang tak dapat dibaca akal fikiran. tapi kalau aku ada kuasa baca hati org, aku dah boleh dah settle masalah ni. haha :P Tapi tu lah, memang sangat sukar lah. aku sedang menanti jawapan sama ada aku dapat atau tidak yang aku harapkan, dan penantian tu sangat2 menguji kesabaran jiwa aku lah. orang cakap penantian satu penyiksaan, mmg sgt menyiksakan. tapi HARUS jugak menunggu, jangan putus asa, teruskan bersabar, InsyaAllah pasti ada hikmah dan jawapan yang menanti suatu hari nanti. Bila tu hanya waktu yang menentukan. selagi kesabaran ada dalam hati, yang indah pasti menunggu. InsyaAllah :)

#KeepItUp SHIDA !!! >.<

Saat- saat Sukar :)

ok, dah 4 bulan meninggalkan dunia blog kerana masaalah2 yang tidak henti2 datang dalam diri hati, jiwa, menguji fizikal dan mental. Selama beberapa bulan ni aku menghadapi saat2 yang sukar akibat sedikit luka dihati.. menangis menangis menangis, pastu tenang tenang tenang, pastu gelak gelak gelak, pastu menangis balik, tenang gelak, nangis dan sebegitulah selanjutnya sampai kehari ini dan mungkin hari yang seterusnya.

TAPI, apa pon masalah yang dihadapi, atau sedalam mana luka yang terhiris, HARUS HARUS HARUS juga tabahkan diri dan berSABAR.. kerana, jika kita sedang terluka , janganlah kita menambah luka dihati kita dengan perbuatan sendiri. ye idak? . Dalam waktu2 aku menghadapi saat2 sukar ni aku banyak membaca, bukan baca novel atau blog atau artikel, tapi aku baca something yang simple dan mudah, mcm aya2 nasihat, atau kata2 hikmah yang simple, tetapi sangat besar maknanya.. kebanyakkannya adalah kata2 bagi kesabaran la. bagi situasi aku sekarang, aku sangat2 memerlukan kesabaran. ayat2 dan kata2 tu semua sangat berguna bagi aku sbb ia memberi aku semangat dan kekuatan diri.

Dalam masa 4 bulan aku mempunyai penyakit hati terluka ni banyak jugak yang aku belajar dan kesal atas apa yang berlaku sebelum ni, sesungguhnya masalah itu datang dari diri kita sendiri kan, kalau bukan kita yang menuju ke jalan masalah itu tak mungkin masalah itu akan datang dengan sendiri, tapi kalau bab UJIAN dari Allah itu pon betul jugak, sbb tu la org cakap, apa pon KESABARAN itu penting. memang kita yang menuju dan mengakibatkan masalah itu sendiri, TETAPI itu juga ujian yang diberikan Allah bagi menguji kekuatan dan kesabaran diri kita, dan dari situ juga mengajar kita untuk menghadapi sesuatu dengan tenang.

Dalam waktu2 mcm ni situasi aku sekarang adalah situasi yang diibaratkan seperti "nyawa dihujung tanduk", kalau gerak kekiri jatuh, kekanan pon jatuh, sama jugak ibarat "ditelan mati mak, diluah mati bapa", tak tahu nak buat apa2 dan tak mampu berbuat apa2.. sabar sahaja jalan yang ada setakat ni.

#harap diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi apa jua masalah dan dugaan yang mendapat. >.<
see yaa (^_^)