ok, dah 4 bulan meninggalkan dunia blog kerana masaalah2 yang tidak henti2 datang dalam diri hati, jiwa, menguji fizikal dan mental. Selama beberapa bulan ni aku menghadapi saat2 yang sukar akibat sedikit luka dihati.. menangis menangis menangis, pastu tenang tenang tenang, pastu gelak gelak gelak, pastu menangis balik, tenang gelak, nangis dan sebegitulah selanjutnya sampai kehari ini dan mungkin hari yang seterusnya.
TAPI, apa pon masalah yang dihadapi, atau sedalam mana luka yang terhiris, HARUS HARUS HARUS juga tabahkan diri dan berSABAR.. kerana, jika kita sedang terluka , janganlah kita menambah luka dihati kita dengan perbuatan sendiri. ye idak? . Dalam waktu2 aku menghadapi saat2 sukar ni aku banyak membaca, bukan baca novel atau blog atau artikel, tapi aku baca something yang simple dan mudah, mcm aya2 nasihat, atau kata2 hikmah yang simple, tetapi sangat besar maknanya.. kebanyakkannya adalah kata2 bagi kesabaran la. bagi situasi aku sekarang, aku sangat2 memerlukan kesabaran. ayat2 dan kata2 tu semua sangat berguna bagi aku sbb ia memberi aku semangat dan kekuatan diri.
Dalam masa 4 bulan aku mempunyai penyakit hati terluka ni banyak jugak yang aku belajar dan kesal atas apa yang berlaku sebelum ni, sesungguhnya masalah itu datang dari diri kita sendiri kan, kalau bukan kita yang menuju ke jalan masalah itu tak mungkin masalah itu akan datang dengan sendiri, tapi kalau bab UJIAN dari Allah itu pon betul jugak, sbb tu la org cakap, apa pon KESABARAN itu penting. memang kita yang menuju dan mengakibatkan masalah itu sendiri, TETAPI itu juga ujian yang diberikan Allah bagi menguji kekuatan dan kesabaran diri kita, dan dari situ juga mengajar kita untuk menghadapi sesuatu dengan tenang.
Dalam waktu2 mcm ni situasi aku sekarang adalah situasi yang diibaratkan seperti "nyawa dihujung tanduk", kalau gerak kekiri jatuh, kekanan pon jatuh, sama jugak ibarat "ditelan mati mak, diluah mati bapa", tak tahu nak buat apa2 dan tak mampu berbuat apa2.. sabar sahaja jalan yang ada setakat ni.
#harap diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi apa jua masalah dan dugaan yang mendapat. >.<
see yaa (^_^)
No comments:
Post a Comment