Wednesday, November 16, 2011

Disaat ALLAH mencipta LELAKI~

"Saat kuciptakan lelaki, AKU membuatnya sebagai pemimpin keluarga, 
serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga tersebut, dan ia 
senantiasa akan berusaha menahan setiap ujungnya agar keluarganya 
senantiasa merasa aman, teduh dan terlindungi."

"Kuciptakan bahunya yg kuat dan berotot untuk membanting tulang
menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat
untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Kuberi kemauan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yg 
berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, 
walaupun seringkali ia mendapat cercaan dari anak-anaknya,"

"Kuberikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya 
pantang menyerah, demi keluarganya ia merelakan kulitnya tersengat 
panasnya matahari, demi keluarganya ia merelakan badannya berbasah 
kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan terhembus angin, ia 
relakan tenaga perkasanya demi keluarganya dan yang selalu dia ingat 
adalah disaat semua keluarganya menanti kedatangannya dengan 
mengharapkan hasil jerih payahnya."

"Kuberikan kesabaran,ketekunan dan dan kesungguhan yang akan membuat 
dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada 
keluh kesah. walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan 
kesakitan seringkali menerpanya."

"Kuberikan perasaan kuat dan gigih untuk berusaha berjuang demi 
mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi 
apapun, walaupun tidak jarang anak-anaknya melukai perasaannya dan 
hatinya."

"Padahal perasaannya itu pulalah yang telah memberikan rasa aman 
disaat anak-anaknya tertidur lelap, serta sentuhan perasaannya itulah 
yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu 
anaknya agar selalu saling mengasihi dan menyayangi sesama 
saudara."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan kepadanya untuk memberikan 
pengertian dan kesadaran kepada anak-anaknya tentang saat kini dan 
saat mendatang,bahkan seringkali ditentang dan ditolak oleh anak-
anaknya."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan 
pengetahuan dan kesadaran bahwa istri yang baik adalah istri yang 
setia terhadap suaminya, istri yang baik adalah istri yang selalu 
menemani dan bersama-sama menjalani perjalanan hidup baik suka maupun 
duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap 
kesetiaan yang diberikan kepada istri,agar tetap berdiri, bertahan, 
sepadan dan saling melengkapi dan saling mengasihi."

"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahwa lelaki itu 
senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan 
cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan 
badannya yang bungkuk agar dapat membuktikan, bahwa sebagai lelaki 
yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa 
berusaha mencurahkan sekuat tenaga dan segenap perasaannya, 
kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Kuberikan kepada lelaki tanggung jawab penuh sebagai pemimpin 
keluarga, sebagai tiang penyangga, agar dapat dipergunakan sebaik-
baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang hanya dimiliki oleh lelaki. 
walaupun sebenarnya amanah ini adalah di dunia dan di akhirat."

Wednesday, November 9, 2011

why korean actor handsome?? huh.. =)

I WONDER, WHY KOREAN ACTOR HANDSOME? HUH.. 
its cause their SEPET eyes?
their PINK lips?
their LONG hair?
their WHITE face?
mayb i cant get the answer.. haha..

LEE HONGKI

KIM HYUN JOONG


JANG GEUN SUK

KIM JEONG HOON

KIM BUM

JAE HEE

KIM JAE JONG
BUT !! IN MANY2 KOREAN ACTOR, THERE'S ONE IN MY HEART..
HE has a SEPET eyes,
HE has a PINK lips,
HE has a LONG hair,
HE has a WHITE face too !!
it is MY LOVE MUHAMMAD ARIF BIN OTHMAN..
Like korean rite? hee.. :P




*(nothing much, just for fun~ peace yaww <3)




Thursday, October 20, 2011

APABILA PEREMPUAN menangis~ T_T

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Saturday, September 17, 2011

SABAR ~

That what i'm just doing now, Sabar~
Sekarang ni, saya hanya mampu bersabar dan menunggu~
insyaAllah evrything is going well ! :) amiiinn~
Some QUOTES that i like, (just want to share, haha !):-
"Patience With others is LOVE, Patience With Self is HOPE, Patience with God is Faith"
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula SUAMI ISTERI"


here i GOT som INFO bout How to SABAR ! hee..


Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.
Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.
Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.
Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.
Thats All~ <3

Friday, September 9, 2011

Dari nama MUHAMMAD ARIF BIN OTHMAN~

Muhammad arif bin othman?
siapa ya? huhu~
Dia kekasih saya~ susah nak menggambarkan sikap seorang yg bernama Muhammad Arif ni, tapi apa yg saya tau, saya sangat sayangkan dia~ =)
Arif, saya sangat gembira dengan kehadiran anda dalam hidup saya, tah kenapa saya rasa sangat beruntung dapat berkasih dgn anda. dapat mengenali anda dengan lebih rapat dan dapat seseorang yg dapat menjaga saya~ hee..
tapi Arif, arif hepy tak dengan saya?
saya takot arif tak hepy dgn saya, saya tak mau arif buang masa bersama saya kalau arif tak selesa bersama saya..
Arif.... arif suke merajuk.. hummm.. kadang2 pening PK bile arif merajuk, macam2 cara saya cuba buat untuk pujuk arif, tapi arif tu degil, taknak layan pujukan saya. hehe.. arif.. arif...
Arif, bukan saya saje tunjuk saya caring dengan pujuk2 arif tu, tapi saya RISAU.. saya risaukan arif, saya takot jadi apa2 yg buruk keatas arif, nanty saya akan rasa bersalah..
Arif, bukan sengaja saya marah kerana cemburu, tapi kalau tak ada cemburu bukan CINTA namanya~
Arif, kalau saya menyusahkan arif, saya minta maaf.. tapi saya sangat BAHAGIA bersama arif dan saya sangat sayangkan arif~
Arif, saya taknak berjauhan dgn Arif..
saya rindu Arif sangat..
Arif, nk tau kenapa saya suka arif?
Arif caring, masa kita kawan dulu, arif slalu ambik berat pasal saya. saya suka arif..
Arif ni kelakar, kt mana ada Arif, kt situ semua org boleh ketawa dgn gelagat Arif.. haha.. bez..
Arif suka kco saya, arif tau saya takot lipas kan? arif ni.. nakal lahh.. saya suka arif.
Arif, walaupun org cakap arif jahat, tapi saya nampak kebaikan dalam diri arif, dan saya pasti dgn apa saya nampak, saya suka arif..
Arif, dh lama saya perhatikan arif.. arif tak perasan kan? tapi saya tak mengharapkan apa2 dari arif, sekadar melihat dan memendam rasa dari jaoh~
sekarang saya sudah ada arif di sisi saya... sebab itu saya cakap saya sangat gembira.. arif tau gembira yg macam mana~ gembira sangat..
Arif, anda lelaki yg paling baik yg saya pernah jumpa dan saya nk jadi SECRET ADMIRE arif sampai bila2, sama ada kita masih bersama atau tak, MUAHAMMAD ARIF BIN OTHMAN tetap Menjadi Idaman saya~
Semoga hubungan yg terjalin dalam keadaan baik2 sahaja dan semoga kami dapat merempuhi segala dugaan dan ujian yg datang dalam hubungan dgn baik. Amiiiinnn~ :)

Tuesday, August 9, 2011

Dosa MENGUMPAT lebih besar dari ZINA ~

Assalamualaikum...
Hari ni Sha Ishida nk SHARE sikit pasal mengumpat2 ni~
tambah2 pula dibulan ramadhan yg mulia ini.. :) jemput bace~ <3


Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Thursday, August 4, 2011

Korang nk tau apa itu CINTA ?


Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab,
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.
Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam.
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu?
Karena walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Karena walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono.
Karena walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.
Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, ketimbang memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, ketimbang memuaskan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Karena hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, karena menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius.
Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan.
Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, karena alasan yang penting.